PENGARUH SPESIES DAN LOKASI PENGAMBILAN SAMPEL GENUS GONIOTHALAMUS (ANNONACEAE) TERHADAP KANDUNGAN GONIOTHALAMIN SEBAGAI AGEN ANTI KANSER

Imam Mahadi

Sari


Goniothalamus merupakan salah satu genus terbesar Annonaceae yang menjadi sumber ubatan tradisional yang penting di Asia Tengggara. Beberapa bahan bioaktif dari kumpulan terbitan stiril dehidropiron terutama goniothalamin telah dipencilkan dari genus ini dan telah dibuktikan mempunyai potensi sebagai anti kanker. Kandungan goniothalamin yang terdapat pada daun, kulit, batang dan akar daripada 21 spesies Goniothalamus yang terdapat di Semenanjung Malaysia, serta variasi goniothalamin dari lokasi yang berbeza bagi Goniothalamus macrophyllus dikaji secara kuantitatif dengan menggunakan Kromatografi Cecair Tekanan Tinggi (HPLC). Analisis kuantitatif menunjukkan purata peratus goniothalamin yang tertinggi daripada daun boleh di dapati daripada G. fulvus (5.81%), kulit daripada G. tortilipetalus (12.1%), batang (11.3%) dan akar (13.21%) daripada G. macrophyllus. Manakala lokasi pengambilan sampel G. macrophyllus yang terbaik bagi kandungan goniothalamin adalah Hutan Rekreasi Jambu Bongkok Terengganu. Analisis kuantitatif juga menunjukkan bahawa peratus kandungan goniothalamin bagi setiap lokasi dan spesies didapati berbeza. Secara keseluruhan kandungan goniothalamin yang terbanyak boleh di dapati daripada G. macrophyllus, dan kandungan tertinggi adalah dari sampel yang diambil daripada Hutan Rekreasi Jambu Bongkok, Terengganu.

 


Teks Lengkap:

PDF (English)


DOI: http://dx.doi.org/10.31258/biogenesis.7.02.%25p

Refbacks

  • Saat ini tidak ada refbacks.


Copyright (c):
Program Studi Pendidikan Biologi Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Riau

Alamat Redaksi:
Kampus Binawidya KM 12,5 Simpang Baru, Kecamatan Tampan
Pekanbaru, Riau, Indonesia 28293
Program Studi Pendidikan Biologi
Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan
Universitas Riau

  

 

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.